Presiden Palestin lantik PM baharu
RAMALLAH - PALESTIN. Presiden Palestin Mahmoud Abbas melantik sekutu lama beliau, Mohammad Shtayyeh sebagai perdana menteri, dalam langkah berterusan mengenepikan Hamas.
Menurut Timbalan Presiden Mahmoud al-Aloul, Shtayyeh yang juga anggota jawatankuasa pusat parti Fatah, diarah menubuhkan kerajaan baharu.
Penganalisa melihat langkah membawa masuk Shtayyeh bagi menggantikan Rami Hamdallah adalah inisiatif Abbas untuk mengasingkan musuh politiknya daripada Hamas yang memerintah Semenanjung Gaza.
Kerajaan baharu didominasi parti Fatah dan beberapa parti kecil lain turut diwakili, kecuali Hamas. - AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!