PKPD di Ladang FGV Tembangau 7, Bera mulai Ahad ini
KUALA LUMPUR - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Ladang FGV Tembangau 7 di Bera, Pahang akan dilaksana selama dua minggu mulai Ahad ini.
Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad berkata, pelaksanaan PKPD itu diputuskan setelah meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan mengenai risiko dan trend jangkitan Covid-19 di lokaliti terbabit.
"Prosedur operasi standard bagi semua PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini," menurutnya dalam kenyataan di laman Facebook rasmi beliau pada Jumaat malam.
Beliau turut memaklumkan tiada penamatan dan pelanjutan baharu PKPD pada Sabtu. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!