Adly tiga beranak selesai mengundi

Adly berkemeja putih bersama isteri, Dalilah Awaluddin dan anak sulong mereka Izny Adly berusia 24 tahun selesai mengundi.
Adly berkemeja putih bersama isteri, Dalilah Awaluddin dan anak sulong mereka Izny Adly berusia 24 tahun selesai mengundi.
A
A
A

ALOR GAJAH - Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka yang juga calon PH Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil Adly Zahari tiba di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Tunggal, pada jam 8.06 pagi.

Adly berkemeja putih datang ke pusat pengundian bersama isteri, Dalilah Awaluddin dan anak sulong mereka Izny Adly berusia 24 tahun.

Bekas Ketua Menteri itu membuang undi di Saluran 4, manakala anaknya membuang undi di saluran 7.

Kerusi DUN Bukit Katil yang disandang beliau sejak Pilihan Raya Umum (PRU-14) menyaksikan pertembungan tiga penjuru.

Beliau dicabar calon Barisan Nasional (BN), Datuk Hasnoor Sidang Husin, dan Perikatan Nasional (PN) Muhammad Al Afiz Yahya.

Seramai 476,037 orang pengundi dijangka mengundi hari ini melibatkan sebanyak 217 pusat mengundi dan 1,109 saluran sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Ikuti perkembangan semasa #PRNMelaka dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!