‘Sudah berusaha, selainnya saya berserah, tawakal’ - Mas Ermieyati

Mas Ermieyati setelah selesai mengundi di SK Ramuan China Besar pada Sabtu.
Mas Ermieyati setelah selesai mengundi di SK Ramuan China Besar pada Sabtu.
A
A
A

MASJID TANAH - [DIKEMAS KINI] Calon Perikatan Nasional (PN), Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara, Datuk Mas Ermieyati Samsudin memaklumkan bahawa gabungan parti itu hanya berserah dan tawakal untuk menerima keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Menurutnya, PN telah berusaha sedaya upaya untuk menambat hati pengundi bagi memberi peluang kepada gabungan itu membentuk kerajaan.

“Kita (PN) sudah berusaha, selebihnya serahkan kepada ALLAH dan tawakal,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian setelah selesai membuang undi di Sekolah Kebangsaan Ramuan China Besar, Masjid Tanah bagi DUN Ayer Limau pada Khamis.

Mas Ermieyati berbaju kurung merah jambu dan hitam antara yang terawal tiba di sini pada jam 7.53 pagi dan membuang undi di saluran tiga.

Difahamkan, terdapat lima saluran yang dibuka bagi membolehkan sebanyak 1,200 pengundi menunaikan tanggungjawab mereka pada PRN Melaka kali ini.

Bagi DUN Tanjung Bidara, Mas Ermieyati ditentang dalam saingan tiga penjuru juga melibatkan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan calon Pakatan Harapan, Zainal Hassan.

Artikel Berkaitan:

Ikuti perkembangan semasa #PRNMelaka dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!