Kekuatan UMNO, Pas seimbang

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Cadangan UMNO untuk mewujudkan kerajaan campuran bersama Pas di empat negeri boleh berlaku dan tidak akan mendatangkan sebarang masalah kerana kekuatan ke dua-dua parti itu dilihat seimbang.

Penganalisis politik, Prof Ahmad Atory Hussein berkata, UMNO dan Pas masing-masing memiliki jumlah kerusi yang banyak sama ada di peringkat negeri mahupun Parlimen.

"Pas menguasai kerusi di Kelantan dan Terengganu dan UMNO walaupun tidak menjadi kerajaan pusat tapi jumlah kerusinya banyak.

"Jadi, tidak menjadi masalah untuk mereka menjalinkan kerjasama dengan melantik exco di peringkat negeri daripada ke dua-dua parti itu," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Sabtu lalu, Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan mencadangkan kerjasama UMNO dan Pas diperkukuhkan lagi dengan mewujudkan kerajaan campuran di empat negeri atas nama Kerajaan Penyatuan Ummah.

Antara negeri yang disebut adalah Terengganu, Pahang, Kelantan dan Terengganu.

Mengulas lanjut, Ahmad Atory berkata, cadangan kerjasama ini berbeza dengan perjanjian antara Pas dan BN pada 1974.

"Ketika itu, Pas menyertai BN dan terbentuknya kerajaan campuran, tapi sekarang situasi berbeza kerana ia hanya antara UMNO dan Pas tanpa melibatkan BN.

Artikel Berkaitan:

"Ini bermakna UMNO dan Pas masih kekal dengan prinsip parti masing-masing dan disebebkan itu juga syarat-syarat kerjasama perlu diperkuatkan supaya ia dapat berjalan dengan baik," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!