Pesakit strok sanggup bayar RM200 naik ambulan untuk mengundi

Abdul Rahim menunjukkan kesan dakwat menandakannya telah selesai mengundi bagi DUN Lendu pada Sabtu.
Abdul Rahim menunjukkan kesan dakwat menandakannya telah selesai mengundi bagi DUN Lendu pada Sabtu.
A
A
A

ALOR GAJAH - "Kalau hilang satu undi, kita rugi," kata pesakit angin ahmar, Abdul Rahim Yaacob, 57, yang sanggup mengeluarkan kos kira-kira RM200 bagi membayar perkhidmatan kemudahan ambulan swasta untuk membuang undi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada Sabtu.

Abdul Rahim yang mengalami sakit itu sejak empat bulan lalu merupakan pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu tetap mahu menunaikan tanggungjawab membuang undi dan tiba seawal jam 8.15 pagi.

"Tanggungjawab ini demi negara, wajib ditunaikan. Jadi saya semangat datang untuk mengundi walaupun tidak sihat selain sukar berjalan.

Abdul Rahim dibantu petugas SPR dan petugas kesihatan turun daripada ambulan untuk proses pembuangan undi di SK Durian Daun (K), Masjid Tanah di sini pada Sabtu.
Abdul Rahim dibantu petugas SPR dan petugas kesihatan turun daripada ambulan untuk proses pembuangan undi di SK Durian Daun (K), Masjid Tanah di sini pada Sabtu.

"Saya datang dari rumah bukan hospital. Jadi ambulan kerajaan tak ambil..kenalah keluar duit sendiri lebih kurang RM200 untuk pergi dan balik," kata penduduk Kampung Durian Daun kepada pemberita ketika ditemui di Pusat Pembuangan Undi Sekolah Kebangsaan Durian Daun (K), Masjid Tanah di sini pada Sabtu.

Seramai 10,561 berdaftar bagi kerusi DUN Lendu yang menyaksikan pertembungan tiga penjuru iaitu Datuk Seri Sulaiman Md Ali (Barisan Nasional), Mejar (B) Abdullah Mahadi (Perikatan Nasional) dan Mohamad Asri Ibrahim (Pakatan Harapan).

Ikuti perkembangan semasa #PRNMelaka dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!