Polis kesan dua lelaki didakwa kes rogol

Orang ramai boleh menyalurkan maklumat dengan menghubungi hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0584/ 585 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Orang ramai boleh menyalurkan maklumat dengan menghubungi hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0584/ 585 atau mana-mana balai polis berhampiran.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis sedang mengesan dua lelaki tempatan yang didakwa merogol seorang wanita selepas berhibur di sebuah pusat hiburan di sini malam Rabu.

Satu ciapan Twitter dipercayai kawan baik mangsa yang tular mendakwa kedua-dua suspek terbabit sudah beberapa kali melakukan perbuatan tersebut terhadap wanita lain selepas memasukkan dadah dalam minuman tanpa disedari mangsa.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kamaruzaman Elias berkata, dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu mangsa mengalami mabuk dipercayai diberi minuman mengandungi dadah.

"Mangsa dan rakannya kemudian dibawa oleh kedua-dua suspek ke sebuah hotel di ibu kota. Mangsa hanya menyedari dirinya dirogol selepas dimaklumkan oleh rakannya itu," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Kamaruzaman berkata, siasatan dilakukan bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan (merogol).

Bagaimanapun, beliau meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi, perkongsian atau menyebarkan berita daripada sumber tidak sahih kerana tindakan itu boleh mengganggu siasatan pihak polis.

"Orang ramai boleh menyalurkan maklumat dengan menghubungi hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0584/ 585 atau mana-mana balai polis berhampiran," ujarnya.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!