PRN Melaka: 27 peratus keluar mengundi sehingga 11 pagi

Petugas SPR membantu seorang pengundi pada PRN Melaka di Sekolah Kebangsaan Ramuan China Besar dekat Masjid Tanah, hari ini. - Foto Bernama
Petugas SPR membantu seorang pengundi pada PRN Melaka di Sekolah Kebangsaan Ramuan China Besar dekat Masjid Tanah, hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

MELAKA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Sabtu mengesahkan sebanyak 27 peratus pengundi keluar mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sehingga jam 11 pagi.

“Peratus keseluruhan keluar mengundi biasa bagi PRN Melaka Ke-15 pada jam 11 pagi adalah sebanyak 27 peratus,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Pada Jumaat, Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmakrudin Ishak berkata, seramai 476,037 pengundi mengundi di PRN Melaka.

Menurut beliau, sebanyak 217 Pusat Mengundi dan 1,109 saluran akan dibuka untuk tujuan pengundian membabitkan seramai 12,290 petugas bagi proses pengundian.

Ikuti perkembangan semasa #PRNMelaka dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!