AirAsia harap Sabah longgar syarat 'swab test'

Riad (kanan) dalam pertemuan rombongan Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri yang diketuai Joniston (tengah) di Kuala Lumpur.
Riad (kanan) dalam pertemuan rombongan Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri yang diketuai Joniston (tengah) di Kuala Lumpur.
A
A
A

KOTA KINABALU – Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia Berhad berharap kerajaan Sabah mempertimbangkan untuk melonggarkan keperluan ujian calitan Covid-19 bagi pengunjung datang ke negeri ini sama seperti Langkawi.

Perkara itu disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat dalam pertemuan dengan rombongan Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, yang diketuai Pembantu Menteri Sabah, Datuk Joniston Bangkuai di Kuala Lumpur, pada Jumaat.

Riad berkata, keperluan ujian Covid-19 menjadi penghalang besar bagi individu yang mahu melawat Sabah bagi tujuan percutian kerana menambah kos perbelanjaan perjalanan.

"Saya berharap perkara ini akan dipertimbangkan. Saya percaya apabila syarat itu dilonggarkan, akan lebih ramai yang bersemangat untuk terbang ke Sabah. Kita akan melihat trajektori dan seterusnya membawa industri pelancongan negeri kembali.

"Langkawi adalah ‘hot spot’ dan penerbangan sangat sibuk kerana ramai yang ke sana untuk bercuti. Bagaimanapun, orang ramai kini sedang mencari lokasi lain untuk melancong. Sabah serta Sarawak merupakan pilihan," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada kuarantin masuk Sabah bagi individu lengkap vaksinasi

Beliau juga yakin peluang wujudnya kluster dalam pelancongan rendah dan setakat ini tiada berlaku jangkitan wabak secara besar-besaran di Langkawi sejak ujian calitan dihentikan.

Sementara itu, Joniston yang juga Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah (STB) memberi jaminan untuk menyampaikan perkara itu kepada kerajaan negeri.

Artikel Berkaitan:

"Melihat kepada rancangan AirAsia untuk Sabah, tiada alasan untuk STB tidak menyokong kerana kita berada di haluan yang sama.

"Kami faham kerajaan negeri berhati-hati kerana Sabah masih belum mencapai imuniti kelompok namun kita tentu sekali mahu melihat pemulihan segera dalam pelancongan.

“Kami juga gembira kerana Sabah kekal sebagai hab untuk AirAsia. Membina semula keyakinan pelancong penting bagi kita dan dengan sempadan antarabangsa dijangka buka pada Januari tahun depan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!