Tutup kedai sehari untuk tunai tanggungjawab mengundi
ALOR GAJAH - Seorang peniaga barangan runcit di pasar pekan Durian Tunggal di sini sanggup menutup kedainya pada Sabtu demi untuk melaksanakan tanggungjawab keluar mengundi di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Tunggal.
Harith Sallehuddin yang juga merupakan orang kurang upaya (OKU) kerdil tiba di pusat pengundian bersama isterinya, Asma Md Isa kira-kira jam 10 pagi.
Menurut Harith, hari mengundi adalah tarikh yang penting dan tidak boleh dipandang ringan kerana ini peluang rakyat untuk memilih kerajaan yang stabil.
"Sepatutnya pagi ini saya berniaga di kedai runcit tapi demi semangat mengundi, saya sanggup tutup kedai sehari untuk ke pusat mengundi pada awal pagi.
"Biarpun tak peroleh pendapatan hari ini tapi saya lega dapat menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi," katanya.
Ikuti perkembangan semasa #PRNMelaka dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!