Aksi play-off antara benua hanya berlangsung sekali
AKSI play-off antara benua melibatkan pasukan-pasukan yang gagal mara secara automatik ke saingan Piala Dunia 2022 bakal berlangsung sekali berbanding secara timbal balik sebelum ini.
Perkara itu dinyatakan menerusi satu kenyataan media rasmi daripada pihak Persekutuan Bola Sepak Antrabangsa (FIFA pada Jumaat bagi menggantikan format home and away (gelanggang sendiri/gelanggang lawan), sebagaimana sebelum ini.
Aksi play-off yang diadualkan berlangsung secara timbal balik pada Mac 2022, telah ditunda ke Jun 2022 berikutan penjadualan semula aksi kelayakan berikutan pandemik Covid-19.
Empat pasukan terbaik akan berentap bagi merebut dua slot untuk beraksi di pusingan akhir Piala Dunia yang dijadualkan berlangsung di Qatar pada November.
Untuk rekod, aksi play-off antara benua bakal menyaksikan perlawanan melibatkan pasukan-pasukan dari benua Asia, Afrika, Amerika Selatan dan Persatuan Bola Sepak Konfederasi Amerika Utara, Tengah dan Caribbean (CONCACAF).
Kesemua aksi play-off itu bakal berlangsung di venue neutral (gelanggang berkecuali), yang akan ditentukan kelak.
Proses undian bagi aksi play-off ini berlangsung pada Jumaat selaras dengan aksi play-off bagi zon Eropah.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!