Amaran cuaca waspada hujan lebat di Kelantan, Terengganu

MetMalaysia pada Sabtu mengeluarkan amaran cuaca waspada peringkat kuning yang membawa hujan lebat melibatkan beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu. Foto hiasan
MetMalaysia pada Sabtu mengeluarkan amaran cuaca waspada peringkat kuning yang membawa hujan lebat melibatkan beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu. Foto hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Sabtu mengeluarkan amaran cuaca waspada peringkat kuning yang membawa hujan lebat melibatkan beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu, dijangka berlaku Ahad hingga Isnin (22 November).

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan keadaan itu diramal berlaku di Kelantan melibatkan kawasan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

Di Terengganu pula kawasan terlibat ialah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun.

Kenyataan itu turut memberitahu amaran angin bertiup dari arah timur laut dijangka membawa hujan lebat dan angin kencang yang boleh menyebabkan banjir di kawasan berkedudukan rendah di kawasan terbabit. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!