Bilik gerakan utama BN jadi tumpuan penyokong
MELAKA - Bilik gerakan utama Barisan Nasional (BN) di Taman Botanikal Ayer Keroh menjadi tumpuan wakil-wakil parti dan penyokong sejak jam 5 petang.
Setakat jam 8.30 keadaan begitu sesak di hadapan skrin yang memaparkan keputusan tidak rasmi di 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi calon mereka.
Malah kehadiran penyokong BN berterusan setelah parti itu hampir menguasai sembilan daripada 28 kerusi DUN.
Ikuti perkembangan semasa #PRNMelaka dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!