BN dapat 2/3 majoriti dalam PRN Melaka
MELAKA - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengumumkan Barisan Nasional (BN) mendapat 2/3 kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan akan menubuhkan kerajaan.
Beliau memuat naik status tersebut di laman Facebooknya sebentar tadi.
"Alhamdulillah. Setakat pukul 8.30, BN sudah berjaya menubuhkan kerajaan dengan majoriti 2/3 setelah memenangi 19 kerusi DUN (Untuk menubuhkan Kerajaan perlu 15 kerusi)," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!