BN menang di Taboh Naning
MELAKA - Barisan Nasional (BN) secara rasmi memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Taboh Naning.
Calonnya, Zulkiflee Mohd Zin memenangi kerusi itu dengan undian sebanyak 3,170.
Keputusan itu sekaligus menewaskan lawannya daripada Perikatan Nasional, Abu Hashim Abdul Samad dengan 1,345 undian.
Sementara itu, calon Pakatan Harapan, Zairi Suboh hanya meraih 1,024 undian.
Ikuti perkembangan semasa #PRNMelaka dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!