Sah BN menang PRN Melaka, sapu 21 kerusi DUN

Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama kepimpinan BN meraikan kemenangan besar dua pertiga majoriti bagi membentuk kerajaan negeri Melaka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Command Center Barisan Nasional (BN) di sini malam ini. -Foto Bernama
Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama kepimpinan BN meraikan kemenangan besar dua pertiga majoriti bagi membentuk kerajaan negeri Melaka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Command Center Barisan Nasional (BN) di sini malam ini. -Foto Bernama
A
A
A

MELAKA - Mandat Kerajaan Negeri Melaka menjadi milik tunggal Barisan Nasional (BN) setelah disahkan memperoleh majoriti selesa dalam Pilihan Raya Negeri (PRN).

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) mengesahkan BN memenangi 21 daripada 28 kerusi yang dipertandingkan.

DUN tersebut adalah Tanjung Bidara, Ayer Limau, Merlimau, Taboh Naning, Durian Tunggal, Lendu, Duyong, Rembia, Sungai Rambai, Kelebang, Kuala Linggi, Machap Jaya, Gadek, Serkam, Telok Mas, Pantai Kundor, Paya Rumput, Rim, Ayer Molek, Pengkalan Batu dan Asahan.

Manakala Pakatan Harapan (PH) disahkan memenangi lima kerusi iaitu di DUN Ayer Keroh, Kota Laksamana, Bukit, Kesidang, Bukit Katil dan Bandar Hilir.

Perikatan Nasional (PN) pula disahkan memiliki dua kerusi iaitu di DUN Sungai Udang, Bemban.

Parti Pribumi Perkasa Malaysia (Putra), Parti Perikatan India Muslim Nasional (Iman) dan kesemua 22 calon bebas gagal memperolehi sebarang kerusi.

Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, seramai 65.85 peratus atau 326,068 pengundi telah keluar mengundi meliputi pengundi biasa, pengundi awal dan pengundi pos.

"Secara keseluruhannya SPR berpuas hati dengan proses pengundian dan pengundi-pengundi berdaftar telah dapat menunaikan hak dan tanggungjawab mereka,

Artikel Berkaitan:

"SPR juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Pihak berkuasa tempatan (PBT), Pegawai Pegawai Daerah, guru-guru sekolah, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), pihak media serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung,"katanya pada sidang media Keputusan Penuh Pengundian PRN Melaka, di sini pada Sabtu.

Susulan pengumuman itu, Istiadat Mengangkat Sumpah Ketua Menteri Melaka dijangka berlangsung jam 1 petang esok.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!