Yang kanan lebih mulia daripada kiri

Umat Islam digalakkan mengutamakan yang kanan berbanding kiri dalam membuat suatu perkara termasuk makan. -GAMBAR HIASAN.
Umat Islam digalakkan mengutamakan yang kanan berbanding kiri dalam membuat suatu perkara termasuk makan. -GAMBAR HIASAN.
A
A
A

KETIKA berwuduk, kita perlu mendahulukan anggota yang kanan. Begitu juga apabila makan dengan menggunakan tangan kanan.

Pakai kasut pun sama, mulakan dulu dengan kaki kanan. Boleh dikatakan hampir semua perkara kita kena mendahulukan di sebelah yang kanan.

Kenapa kita dikehendaki mendahulukan sebelah kanan dalam setiap perkara?

Sebenarnya, ia merupakan amalan yang sangat disukai oleh Nabi SAW terutama dalam amalan yang melibatkan ibadah antaranya tertib wuduk, mandi dan lain-lain.

Ia sebagaimana disebutkan dalam hadis ini,

daripada ‘Aisyah RA berkata: "Nabi SAW menyukai melakukan sesuatu daripada sebelah kanan ketika mengenakan sandal, menyisir rambut, bersuci dan dalam setiap amalan yang dilakukannya." (Riwayat al-Bukhari)

Menerusi hadis itu, umat Islam juga disunatkan mengutamakan yang kanan dalam perkara melibatkan kemuliaan dan keelokan seperti adab makan, minum, berpakaian, menaiki kenderaan, memakai sandal, menyisir rambut, bersuci, memasuki masjid dan lain-lain.

Sementara itu, dalam melakukan amalan berlawanan seperti melibatkan sesuatu yang tidak elok contohnya memasuki tandas, keluar daripada masjid dan sebagainya, maka hendaklah mendahulukan sebelah kiri.

Artikel Berkaitan:

​​​Itu merupakan petunjuk sunah Nabi SAW yang mendahulukan sebelah kanan kerana yang kanan itu lebih mulia daripada yang kiri.

(Sumber Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!