Speaker DUN Johor ucap tahniah kepada Sultan Johor

Hari Keputeraan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada Isnin. (Gambar kecil: Suhaizan)
Hari Keputeraan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada Isnin. (Gambar kecil: Suhaizan)
A
A
A

ISKANDAR PUTERI- Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Suhaizan Kaiat merafak sembah mengucapkan tahniah sempena Hari Keputeraan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada Isnin.

Suhaizan berkata, seluruh ahli DUN Johor mendoakan supaya Sultan Ibrahim dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah serta seluruh keluarga sentiasa berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan.

"Saya mewakili Dewan DUN Johor dan semua ahli dewan merafak sembah mengucapkan tahniah pada Tuanku Sultan Ibrahim sempena Hari Keputeraan baginda hari ini.

"Semoga Ke Bawah Duli Tuanku, Permaisuri Johor dan seluruh ahli keluarga sentiasa dilindungi dan dilimpahi taufik dan hidayah oleh ALLAH SWT, dipanjangkan umur, diberkati dengan kesihatan dan sejahtera selalu.

"Moga ALLAH mengurniakan keafiatan kepada Tuanku dan semoga Johor terus makmur di bawah pemerintahan Sultan Johor," katanya.

Suhaizan berkata demikian ketika membuka Sidang Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang Ke-14 di sini pada Ahad.

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad menerusi akaun Facebook rasminya turut merafak sembah ucapan tahniah pada Sultan Ibrahim sempena Hari Keputeraan baginda.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!