Lantikan perunding pelaburan bukan pembaziran

Hasni
Hasni
A
A
A

ISKANDAR PUTERI- Pelantikan perunding pelaburan yang bertindak membawa masuk pelaburan asing Johor bukan sebagai pembaziran sebaliknya sebuah jawatankuasa ekonomi yang dianggotai tokoh ekonomi negara.

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad, berkata, jawatankuasa itu merupakan saranan Majlis Ekonomi Ibrahim Johor (IJEC).

"Kita perlu menggunakan kekuatan dan usaha sendiri tanpa bergantung pada inisiatif, pelan atau rancangan pelaburan negara yang sedia ada semata-mata.

"Langkah melantik perunding pelaburan, bukan untuk mengetepikan usaha Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) selain agensi pelaburan Johor termasuk Johor Invest," katanya.

Hasni berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan dikemukakan Dzulkefly Ahmad (Amanah-Kota Iskandar) pada Persidangan Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang ke-14, di sini, pada Isnin.

Dzulkefly bertanya mengenai tindakan kerajaan negeri menggunakan perunding pelaburan bagi menarik pelabur luar walaupun Johor mempunyai agensi pelaburan termasuk Johor Invest selain Exco Pelaburan yang dilantik.

Hasni yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut menjelaskan pelantikan perunding pelaburan terbabit dapat membantu Johor memberi fokus terhadap usaha menarik pelabur dari China dan negara Asia Tengah kerana perunding terbabit ialah bekas duta ke Singapura dan China selain perunding antarabangsa berpengalaman luas.

"Langkah itu dilakukan kerana dunia masih terkesan pandemik yang membuatkan iklim pelaburan sudah berubah menyebabkan kerajaan negeri perlu ada rujukan, pandangan dan kajian awal pelaburan lebih rapi.

Artikel Berkaitan:

"Saya yakin ia tidak membazirkan dana kerajaan negeri dan membuang masa," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!