Anwar gesa MKN pinda SOP PRN

Anwar mengajukan soalan pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri ketika Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 di Parlimen hari ini. Foto Bernama
Anwar mengajukan soalan pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri ketika Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 di Parlimen hari ini. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Majlis Keselamatan Negara (MKN) meminda prosedur operasi standard (SOP) pilihan raya negeri (PRN) yang ketat kerana ia mengekang kebebasan calon untuk bergerak.

Anwar (PH-Port Dickson) berkata, perubahan terhadap SOP itu juga perlu disegerakan agar ia boleh diguna pakai dalam PRN Sarawak.

"SOP ini ditetapkan MKN dan kemudian diikuti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), jadi daripada pengalaman saya sendiri (dalam PRN Melaka), SOP ini banyak mengekang kebebasan calon.

"Sepatutnya dalam pilihan raya, kesempatan diberikan kepada calon untuk memberikan pencerahan dan penerangan.

"Tetapi kalau penerangan tidak dapat disampaikan dan mereka tidak dapat bertemu pengundi maka akan ada masalah," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan (Bajet) 2022 peringkat jawatankuasa mesyuarat di persidangan Dewan Rakyat pada Isnin.

Menerusi SOP PRN Melaka sebelum ini, SPR melarang calon bertanding dan jentera parti menjalankan sebarang aktiviti kempen secara bersemuka, sama ada berhimpun, ceramah, ziarah dari rumah ke rumah dan tinjauan mesra.

Sehubungan itu, Anwar meminta pertimbangan MKN untuk mengubah SOP ketat berkenaan.

"Ia agar pilihan penyampaian maklumat kepada pengundi sesuai dengan semangat demokratik," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!