Jadual baharu SPM 2021 dalam masa terdekat: KPM

Foto hiasan
Foto hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengeluarkan jadual baharu peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2021 dalam masa terdekat.

Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira semua pandangan mereka yang terbabit termasuk ibu bapa dan calon peperiksaan.

“Perbincangan dilakukan bersama Lembaga Peperiksaan Malaysia dan pengurusan tertinggi KPM untuk menganalisa semua pendapat serta mengambil tindakan yang sewajarnya.

“InsyaALLAH kita akan keluarkan satu jadual baharu berkaitan dengan peperiksaan SPM 2021 dalam masa yang terdekat.

“Terima kasih saya ucapkan kepada ibu bapa dan anak-anak calon SPM 2021 yang telah memberikan pandangan mereka berkaitan jadual peperiksaan SPM 2021,” katanya dalam kenyataannya menerusi satu video ringkas yang dikongsi di Facebooknya pada Isnin.

Jadual peperiksaan SPM yang diumumkan oleh Kementerian KPM pada Khamis lalu telah menyebankan pelbagai reaksi daripada calon peperiksaan dan ibu bapa.

Tarikh peperiksaan yang akan bermula pada 3 Mac sehingga 20 Mac 2022 itu terdapat hari yang jatuh pada Jumaat dan Ahad.

Tarikh jadual peperiksaan yang diumumkan itu turut dijalankan pada cuti akhir penggal 3 2021/2022 yang dijadualkan bermula pada 25 Februari sehingga 20 Mac 2022.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!