Pertikaian Laut China Selatan tidak halang hubungan ASEAN-China

Saifuddin ketika ditemui media selepas Sidang Kemuncak Khas ASEAN-China sempena memperingati ulang tahun ke-30 Hubungan Dialog ASEAN-China menerusi persidangan video pada Isnin. - Foto Bernama
Saifuddin ketika ditemui media selepas Sidang Kemuncak Khas ASEAN-China sempena memperingati ulang tahun ke-30 Hubungan Dialog ASEAN-China menerusi persidangan video pada Isnin. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Isu pertindihan tuntutan wilayah di Laut China Selatan tidak menjadi penghalang kepada hubungan antara China dan badan serantau itu, kata Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah.

Beliau percaya, ekonomi, pendidikan dan banyak isu lain akan dapat diatasi melalui Hubungan Dialog ASEAN-China yang kini telah dipertingkatkan kepada perkongsian strategik komprehensif.

"Saya percaya lebih banyak boleh diharapkan dalam ekonomi dan sosio budaya daripada perkongsian strategik komprehensif," katanya pada sidang akhbar selepas mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke Sidang Kemuncak Khas ASEAN-China sempena memperingati ulang tahun ke-30 Hubungan Dialog ASEAN-China menerusi persidangan video pada Isnin.

Sidang kemuncak khas itu dipengerusikan bersama Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan Presiden China, Xi Jinping.

Saifuddin berkata, pada sidang kemuncak khas itu, Perdana Menteri sekali lagi mengulangi pendirian konsisten Malaysia mengenai Laut China Selatan dan mahu isu pertikaian itu ditangani secara aman, konstruktif dan rasional melalui dialog serta rundingan.

"Malaysia menekankan bahawa semua negara harus bersama memelihara Laut China Selatan sebagai perairan perdagangan, aman dan stabil," katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!