Melaka United 'ikat' KL City

Norde (kanan) bersaing dengan pemain KL City pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras sebentar tadi. - Foto FB Melaka United FC
Norde (kanan) bersaing dengan pemain KL City pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras sebentar tadi. - Foto FB Melaka United FC
A
A
A

KUALA LUMPUR (KL) City FC gagal memanfaatkan peluang beraksi di gelanggang sendiri apabila sekadar seri 1-1 menentang Melaka United FC pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras sebentar tadi.

Melaka United bermula garang apabila berjaya membuka tirai jaringan hasil sepakan percuma penyerang import, Adriano Narcizo pada minit kelapan.

Tersentak dengan gol tersebut, KL City memperkemaskan jentera serangan dengan menampilkan beberapa serangan berbahaya ke arah kubu lawan, namun berjaya dipatahkan barisan pertahan Melaka United.

Kehampaan itu berjaya ditebus KL City pada minit ke-26 apabila pemain tengah, Zhafri Yahya berjaya menyamakan kedudukan apabila menanduk masuk hantaran silang Paulo Josue.

Memasuki babak kedua, kedua-dua pasukan saling berbalas serangan, namun gagal untuk memecah benteng lawan yang menyaksikan keputusan 1-1 kekal hingga tamat perlawanan.

Dengan keputusan itu, Melaka United tampak memiliki sedikit kelebihan menyambar tiket final apabila menanti kunjungan KL City dalam aksi separuh akhir kedua di Stadium Hang Jebat pada Jumaat ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!