Gubal dulu undang-undang antilompat parti sebelum PRU15

Rakyat sudah bosan dengan keadaan ini dan mahu kerajaan yang dipilih untuk memberikan tumpuan sepenuhnya mentadbir negara dengan baik.
Rakyat sudah bosan dengan keadaan ini dan mahu kerajaan yang dipilih untuk memberikan tumpuan sepenuhnya mentadbir negara dengan baik.
A
A
A

DESAKAN untuk mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nampaknya sudah mula kedengaran selepas kemenangan besar Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada Sabtu lalu.

Banyak pihak merasakan masanya sudah tiba untuk BN menebus semula kekalahan selepas tewas teruk dalam PRU14.

Keyakinan itu bersandarkan kepada kejayaan demi kejayaan dalam beberapa siri pilihan raya kecil sejak PRU14 dan terkini, BN menang besar dalam PRN Melaka.

BN berjaya menawan 21 Dewan Undangan Negeri sekali gus menewaskan Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) termasuk calon-calon Bebas.

Beberapa pemimpin parti itu nampaknya yakin dengan kejayaan tersebut dan mereka mampu menumbangkan sesiapa sahaja.

Berdasarkan feel good factor yang kini memihak kepada BN pada ketika ini, maka tidak mustahil desakan itu begitu kuat.

Justeru, tidak mustahil negara akan berdepan dengan satu lagi pilihan raya dalam waktu terdekat. Bagaimanapun, kita ingin mengingatkan kepada semua pihak supaya mengambil iktibar daripada apa yang berlaku sebelum ini.

Perbuatan lompat parti telah menimbulkan banyak masalah kepada semua pihak.

Artikel Berkaitan:

Semua parti politik sudah merasai keperitan apabila berlaku lompat parti sehingga menyebabkan kejatuhan kerajaan negeri dan pusat.

Kita ingin menyeru agar undang-undang antilompat parti dilaksanakan dengan segera.

Jika ini tidak dilakukan, maka negara akan terus berhadapan pilihan raya demi pilihan raya yang tidak berkesudahan.

Rakyat sudah bosan dengan keadaan ini dan mahu kerajaan yang dipilih untuk memberikan tumpuan sepenuhnya mentadbir negara dengan baik.

Justeru, ambillah iktibar daripada apa yang berlaku dan lakukanlah perkara yang betul demi untuk masa depan rakyat di negara ini.

Hentikan segera perbuatan merosakkan masa depan negara dalam tangan ahli-ahli politik yang tidak bertanggungjawab.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!