Mangsa banjir Ampang dipindahkan
Penolong Pegawai Daerah Hulu Langat, Muhammad Razif Ruba’Ai berkata, sebanyak 64 buah rumah telah terkesan ekoran banjir kilat yang berlaku sejak petang semalam.
Turut hadir bagi membantu misi menyelamat dan membantu mangsa banjir adalah Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya, Daeng Mohd Reduan yang menghulurkan bantuan kebersihan dan makanan.
Turut serta, Pusat Khidmat Pas Lembah Jaya yang memberi bantuan pakaian.
Kejadian hujan sejak petang semalam mengakibatkan dua kawasan di Kampung Lembah Jaya Utara dan Lembah Jaya Selatan dinaiki air setinggi kira-kira satu meter.
Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira pukul 7.19 malam sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Ampang dan BBP Pandan ditugaskan ke lokasi kejadian. -Awani
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!