Pendaki cedera diusung turun dari Gunung Belumut

 Mangsa terpaksa dibawa turun menggunakan pengusung.
Mangsa terpaksa dibawa turun menggunakan pengusung.
A
A
A

KLUANG – Seorang pendaki terpaksa diusung turun dari tempat pemeriksaan (check point) ketiga dari puncak Gunung Belumut selepas mengalami kecederaan di lutut sewaktu hendak turun dari puncak gunung tersebut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang, Penguasa Kanan Bomba Akob Sedek berkata, mangsa, Nurul Atikah Jaffir, 25, berjaya dibawa turun menggunakan pengusung oleh pasukan penyelamat pada jam 9.10 pagi tadi.

“Mangsa bersama 12 lagi rakannya dari Johor Bahru mendaki gunung ini pada jam kira-kira jam 11 malam, Sabtu lalu bersama pasukan Bantuan Mencari dan Menyelamat Gunung (Mosar) untuk melihat matahari terbit awal pagi semalam.

Pasukan penyelamat ketika membawa mangsa turun
Pasukan penyelamat ketika membawa mangsa turun

“Sewaktu dalam perjalanan turun dari tempat pemeriksaan ketiga hingga keempat, mangsa mengalami kecederaan pada lutut hingga menyebabkannya tidak berupaya untuk turun dan pengsan,” katanya.

Menurutnya, bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 8.50 malam semalam sebelum satu operasi menyelamat yang terdiri daripada bomba, polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kluang dan malim gunung digerakkan untuk menyelamatkan mangsa.

Katanya, mangsa yang berjaya dibawa turun menggunakan pengusung kemudian dikejarkan ke Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom (HEBHK) Kluang bagi mendapatkan rawatan manakala 12 lagi pendaki tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Mangsa berkemungkinan mendapat kecederaan sewaktu mendaki gunung kerana waktu yang diperlukan dari kaki gunung sehingga ke puncak gunung ini mengambil masa kira-kira enam jam,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!