Perdana Menteri Perancis dijangkiti Covid-19
PARIS - Perdana Menteri Perancis, Jean Castex diuji positif Covid-19 pada pagi Isnin, kata pejabatnya kepada agensi berita AFP.
Menurut pejabat itu lagi, beliau akan diasingkan selama 10 hari sebelum meneruskan semula tugas-tugasnya.
Castex dilaporkan berada di Brussels, Belgium pada pagi Isnin untuk mengadakan rundingan dengan rakan sejawatannya, Alexander De Croo.
Dalam lawatan ke negara itu, beliau turut diiringi oleh Menteri Luar Perancis, Gerard Darmanin dan Menteri Eropah, Clement Beaune.
Castex, 56, sebelum ini menerima dua dos Covid-19 pada musim panas dan tidak pernah diuji positif dengan pandemik itu.
Presiden Perancis, Emmanuel Macron dan isterinya pernah dijangkiti dengan Covid-19 pada tahun lalu. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!