45 maut dalam nahas jalan raya di Bulgaria
SOFIA - Sekurang-kurangnya 45 orang terkorban dalam nahas jalan raya melibatkan sebuah bas di barat Bulgaria pada Selasa, lapor Xinhua memetik Agensi Berita BTA.
Tujuh mangsa yang melecur dikejarkan ke hospital, menurut BTA.
Antara mangsa adalah kanak-kanak, kata ketua jabatan bomba Kementerian Dalam Negeri.
Nahas berlaku kira-kira jam 2 pagi waktu tempatan (0000 GMT) di lebuh raya 40 kilometer selatan Sofia.
Punca nahas masih disiasat. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!