Malas berus gigi boleh sebabkan pesakit Covid-19 alami gejala teruk
Mengikut laporan Channel News Asia (CNA), berdasarkan kajian itu, pesakit Covid-19 yang turut menghidap penyakit gusi adalah 3.5 kali lebih berkemungkinan dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) berbanding mereka yang tidak mengalami masalah itu.
Mereka juga 4.5 kali lebih berkemungkinan perlu dipasang ventilator atau alat bantuan pernafasan dan sembilan kali lebih berisiko untuk mati akibat Covid-19.
Kajian itu mungkin mengejutkan namun apabila melihat hakikat kaitan antara kesihatan mulut dengan penyakit lain, ia tidaklah begitu mengejutkan.
Pada asasnya, ini berlaku apabila kebersihan yang tidak baik dikekalkan untuk jangka masa yang lama, membawa kepada dysbiosis - di mana bakteria dalam mulut berubah daripada keadaan tenang kepada agresif.
Apabila bakteria mulut menjadi lebih teruk, ia boleh menyebabkan penyakit gusi, merosakkan tisu mulut dan kemudian memasuki aliran darah.
Bakteria kemudiannya boleh mengalir ke seluruh badan dan masuk ke pelbagai organ, meningkatkan tahap keradangan dan dari masa ke masa menyumbang kepada pelbagai keadaan lain termasuk situasi kronik.
Bahkan, kesihatan mulut yang buruk boleh memberi kesan kepada jantung, meningkatkan tekanan darah dan memburukkan diabetes dengan meningkatkan paras gula dalam darah.
Ia dikaitkan dengan banyak kesan - kelahiran pramatang, arthritis, penyakit buah pinggang, penyakit pernafasan dan juga beberapa penyakit neurodegeneratif - termasuk Alzheimer.
Beberapa pesakti COVID-19 yang teruk juga mengalami apa yang dipanggil "cytokin storm", di mana sistem imun menjadi terlalu kuat untuk melawan virus dan membahayakan tisu badan sendiri pada masa yang sama.
Buat sementara waktu, terdapat bukti yang mencukupi untuk menganggap kebersihan mulut yang buruk sebagai faktor risiko komplikasi pada mereka yang mempunyai Covid-19 - terutamanya pada mereka yang sudah mengalami keadaan seperti diabetes, tekanan darah tinggi atau penyakit kardiovaskular.
Justeru, penting untuk anda mengekalkan kebersihan mulut yang betul.
Caranya, memberus gigi dua kali sehari selama sekurang-kurangnya dua minit dengan ubat gigi yang mengandungi fluorida dan berjumpa doktor gigi secara berkala. - Awani
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!