India rekod 7,579 kes baharu Covid-19, terendah tempoh 543 hari
NEW DELHI - India merekodkan 7,579 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lepas, peningkatan sehari terendah dalam masa 543 hari, menjadikan jumlah jangkitan sebanyak 34,526,480 pada Selasa, menurut Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Keluarga.
Selain itu, 236 korban akibat wabak itu dilaporkan sejak pagi Isnin menjadikan jumlah kematian kepada 466,147, lapor Xinhua.
Sebanyak 113,584 kes aktif direkodkan, penurunan 4,859 kes aktif dalam tempoh yang sama, terendah dalam masa 536 hari.
Seramai 33,946,749 pesakit sembuh dan dibenarkan keluar dari hospital dengan jumlah terkini sebanyak 12,202 orang. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!