Sultan Selangor pengerusi Mesyuarat Dewan di-Raja Selangor

Sultan Sharafuddin mempengerusikan Mesyuarat Dewan di-Raja Selangor ke-155 di Istana Alam Shah, Klang pada Selasa. - Foto FB Selangor Royal Office
Sultan Sharafuddin mempengerusikan Mesyuarat Dewan di-Raja Selangor ke-155 di Istana Alam Shah, Klang pada Selasa. - Foto FB Selangor Royal Office
A
A
A

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat mempengerusikan Mesyuarat Dewan di-Raja Selangor ke-155 di Istana Alam Shah, Klang pada Selasa.

Selangor Royal Office dalam kenyataan di Facebook memaklumkan, turut berangkat, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

"Hadir sama, adinda-adinda baginda iaitu Tengku Panglima Besar Selangor, Tengku Abdul Samad Shah Alhaj dan Tengku Panglima Raja Selangor, Tengku Ahmad Shah Alhaj," kata kenyataan itu pada Selasa.

Kenyataan itu turut memaklumkan, Ahli Dewan di-Raja Selangor lain yang hadir termasuk Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari; Mufti Selangor, Datuk Dr Anhar Opir dan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

"Selain itu, hadir sama Ahli Waris, Orang-orang Besar dan Orang Tua-tua," ujar kenyataan itu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!