'Kuasa diberi bukan untuk kepentingan diri...'
Katanya, kuasa yang diberikan adalah untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab bukannya untuk kepentingan diri sendiri.
"Saya berpendapat amat penting kita diperingati mengenai kenapa kita diberi kuasa," katanya.
Menurutnya, kerajaan PH yang dipilih rakyat bagi pemerintahan terdahulu kerana BN gagal memegang matlamat negara.
"Kerajaan lama telah gagal pegang matlamat negara dan salahguna kuasa yang diberi kepada mereka," katanya.
Beliau berkata, negara tidak mungkin akan mengecapi kemajuan sekiranya kuasa disalahgunakan.
"Sebab itu kita perlu berhati-hati apabila melaksanakan sesuatu mengikut kuasa diberikan,"katanya.
Dr Mahathir turut menasihati anggota pentadibiran agar mengelakkan daripada melaksana kuasa sekiranya menyedari ia memberi kesan tidak baik kepada negara.
"Adalah lebih baik kita runding dan mendapat nasihat mengenai sebagaimana kuasa itu hendak didirikan," katanya pada ucapan Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.
Turut hadir, Timbalannya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri- Menteri kabinet.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!