UELC di Petaling Jaya jadi PPV dos penggalak

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - UEM Edgenta Berhad telah mengubah suai fasiliti latihannya di Pusat Pembelajaran UEM Edgenta (UELC) di Petaling Jaya kepada pusat pemberian vaksin (PPV) untuk dos penggalak.

PPV yang ditubuhkan dengan kerjasama ProtectHealth, Kementerian Kesihatan (KKM) serta disokong oleh U.N.I Klinik akan beroperasi dari jam 9 pagi hingga 4 petang setiap hari dan tutup setiap hari Sabtu dan Ahad.

Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif UEM Edgenta, Syahrunizam Samsudin meminta individu untuk menyemak janji temu mereka melalui aplikasi My Sejahtera dan sebarang datang terus di PVV adalah berdasarkan ‘first come, first serve’ atau mendahulukan siapa yang cepat bergantung kepada bekalan harian dos penggalak.

“Kami mengalu-alukan orang ramai ke PPV kami untuk menerima suntikan dos penggalak sebagai sebahagian daripada komitmen kami untuk terus membantu kerajaan ke arah #ReopeningSafetly (pembukaan semula dengan selamat).

“Dengan aktiviti ekonomi dan rentas negeri dipergiatkan, lokasi UELC adalah tempat strategik dan ideal berdekatan dengan kawasan perumahan dan memberi manfaat kepada penduduk di kawasan Lembah Klang,” katanya dalam kenyataan pada Selasa. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!