Hasilkan buku untuk rujukan pelajar, inspirasi masyarakat

Hamdan (kiri) dan Mohd Yusof ketika Majlis Pelancaran Buku di Dewan Besar, Kolej Komuniti Kuantan pada Selasa.
Hamdan (kiri) dan Mohd Yusof ketika Majlis Pelancaran Buku di Dewan Besar, Kolej Komuniti Kuantan pada Selasa.
A
A
A

KUANTAN - Pensyarah bukan setakat mengajar sebaliknya perlu membentuk pemikiran kreatif dan kritis dengan menghasilkan buku supaya dapat menjadi rujukan pelajar serta inspirasi masyarakat.

Pengarah Kolej Komuniti Kuantan, Mohd Yusof Zakaria berkata, setiap pensyarah perlu berperanan secara proaktif dalam melahirkan masyarakat mencintai ilmu dan mempunyai kesungguhan untuk menghadiri serta mengaplikasi ilmu kepada insan lain.

"Selain itu, bahan terbitan yang dihasilkan juga boleh menjadi rujukan para penuntut dan peserta kursus pendek di kolej ini (Kolej Komuniti Kuantan) atau di institusi lain," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Buku di Dewan Besar kolej berkenaan pada Selasa.

Mohd Yusof turut menggalakkan pensyarah menghasilkan lebih banyak buku berkaitan sejarah, warisan, asal-usul, pemakanan dan perkara yang menunjukkan minat masyarakat.

"Kita juga mahu penghasilan buku ilmiah perlu disesuaikan dengan perkembangan semasa melalui penghasilan e-book bagi memastikan setiap peringkat masyarakat dapat mengakses buku secara elektronik selain membeli salinan ‘hardcopy’ dalam bentuk buku," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!