Rumah meletup, dua termasuk kanak-kanak maut

Petugas kecemasan dilihat di tempat kejadian yang mengorbankan dua nyawa. - Foto Isaac RitcheyThe Flint Journal via AP
Petugas kecemasan dilihat di tempat kejadian yang mengorbankan dua nyawa. - Foto Isaac RitcheyThe Flint Journal via AP
A
A
A

MICHIGAN - Seorang wanita berusia 55 tahun serta seorang kanak-kanak perempuan empat tahun terkorban dalam satu letupan dan kebakaran yang memusnahkan tiga buah rumah di Michigan, Amerika Syarikat pada Selasa.

Dalam kejadian pada jam 9.30 malam waktu tempatan itu, beberapa rumah berdekatan turut mengalami kerosakan, kata pihak berkuasa.

Menurut pihak bomba, tiga buah rumah terbakar 100 peratus dalam kejadian tersebut manakala 20 rumah lagi mengalami kerosakan akibat letupan itu yang boleh dirasai sejauh beberapa kilometer.

Dalam satu sidang media pada Selasa, Ketua Balai Flint, Raymong Barton memaklumkan, mayat kanak-kanak itu ditemui pasukannya di bawah runtuhan bangunan dibantu pasukan anjing pengesan.

Manakala wanita berkenaan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.

Datuk Bandar Michigan, Sheldon Neeley mengucap takziah kepada penduduk yang terjejas dan berkata siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian. - Awani

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!