Mandi dalam tangki air: Itu bukan Restoran AJ Maju!
KUALA LUMPUR - Pemilik restoran AJ Maju terletak di Sungai Besi hari ini membuat laporan polis menafikan video tular menunjukkan terdapat individu yang mandi di dalam tangki air milik restoran itu.
Pemilik, Mohd Faizal Abdullah Muslim, berkata, tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menularkan video itu menyebabkan operasi perniagaan restoran terjejas sehingga 80 peratus.
Menurutnya, ketiga-tiga tangki yang terdapat atas premis restoran sentiasa tertutup dan akses laluan naik ke atas juga dikunci.
“Jika lihat ada video itu juga berbeza dengan keadaan di tempat tangki restoran kami. Tiada bangunan tinggi dan pokok. Pihak yang menularkan sepatutnya siasat dulu.
“Mungkin video itu tangki air di bangunan lain sebab hanya 16 saat, orang boleh buat pelbagai andaian. Dalam video itu juga tidak ditunjukkan restoran kami.
“Ini mungkin cubaan pihak yang mahu sabotaj restoran kami. Semakan pada CCTV juga tidak menemui sebarang bukti ada orang yang naik ke bahagian tangki,”katanya.
Dalam pada itu, Pengurus Restoran AJ MAJU, Mohamed Mahathir Ghani, menjelaskan tangki air hanya disalurkan untuk kegunaan tandas sahaja.
Ujarnya operasi restoran itu menggunakan air daripada saluran paip Syabas.
“Mana-mana restoran pun akan guna air saluran paip secara terus. Restoran kami juga pasang alat penapis.
“Dua jam selepas video tular pihak Jabatan Kesihatan DBKL dah datang buat pemeriksaan dan mereka puas hati,”katanya.
Sementara itu, Sinar Harian berkesempatan meninjau ke restoran berkenaan mendapati terdapat perbezaan latar belakang video berkenaan dengan lokasi yang didakwa.
Terdahulu video berdurasi 16 saat itu menunjukkan terdapat individu yang mandi di dalam salah sebuah tangki atas bangunan. Perbuatan itu menimbulkan kecaman netizen yang menyifatkan perbuatan tersebut menjijikkan.
#KualaLumpur #VideoViral Pemilik restoran AJ Maju terletak di Sungai Besi hari ini membuat laporan polis menafikan video tular menunjukkan terdapat individu yang mandi di tangki air milik restoran itu. Pemilik, Mohd Faizal Abdullah Muslim, berkata, tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menularkan video itu menyebabkan operasi perniagaan restoran terjejas sehingga 80 peratus. “Jika lihat pada video itu juga berbeza dengan keadaan di tempat tangki restoran kami. Tiada bangunan tinggi dan pokok. Pihak yang menularkan sepatutnya siasat dulu. “Mungkin video itu tangki air di bangunan lain sebab hanya 16 saat, orang boleh buat pelbagai andaian. Dalam video itu juga tidak ditunjukkan restoran kami,”. [ARTIKEL PENUH: https://www.sinarharian.com.my/article/17418/EDISI/Selangor-KL/Mandi-dalam-tangki-air-Itu-bukan-Restoran-AJ-Maju] Laporan: MOJO Sinar Harian Kuala Lumpur HIDAYAH HAIROM
Posted by Sinar Harian Edisi Selangor & KL on Monday, March 11, 2019
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!