SRK dinasihat saman NCB susulan tiada bukti anaknya terlibat dadah

Shah Rukh Khan dilaporkan bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap Biro Kawalan Narkotik susulan laporan dikeluarkan Mahkamah Tinggi Bombay mengenai perintah ikat jamin Aryan Khan dengan menyatakan hampir tidak ada bukti positif menunjukkan tertuduh bersalah dalam kes penyalahgunaan dadah.
Shah Rukh Khan dilaporkan bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap Biro Kawalan Narkotik susulan laporan dikeluarkan Mahkamah Tinggi Bombay mengenai perintah ikat jamin Aryan Khan dengan menyatakan hampir tidak ada bukti positif menunjukkan tertuduh bersalah dalam kes penyalahgunaan dadah.
A
A
A

MUMBAI - Susulan laporan yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi Bombay mengenai perintah ikat jamin Aryan Khan dengan menyatakan hampir tidak ada bukti positif menunjukkan tertuduh bersalah dalam kes penyalahgunaan dadah, aktor Shah Rukh dilaporkan bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap Biro Kawalan Narkotik (NCB).

Superstar Bollywood itu telah dinasihatkan oleh pasukan peguamnnya untuk menyaman Pengarah NCB, Sameer Wankhede yang mengetuai kes dadah sehingga menuduh Aryan Khan tanpa ada bukti yang kukuh.

Ekoran tangkapan yang dibuat oleh NCB, anak sulung Shah Rukh Khan itu terpaksa meringkuk di Penjara Arthur Road semalam lebih tiga minggu.

Lebih membuatkan Shah Rukh Khan dan pasukan peguamnya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang adalah kerana mahkamah turut memaklumkan kenyataan pengakuan yang didakwa direkodkan oleh pegawai penyiasat adalah tidak sah dan oleh itu NCB tidak boleh bergantung kepada mereka.

Aryan Khan yang berusia 23 tahun ditahan dalam keadaan penuh kontroversi bersama beberapa lagi orang oleh NCB di Mumbai pada awal Oktober lalu.

Dakwaan penglibatan Aryan Khan mencetus pelbagai tanda tanya berikutan timbul dakwaan manipulasi saksi, bukti palsu serta tuduhan cuba memeras berjuta dolar sebagai tebusan daripada bintang filem itu.

Nawab Malik, seorang menteri Kerajaan Maharashtra sebelum ini menuduh agensi dadah yang dikawal kerajaan persekutuan, tidak mempunyai kes kukuh ke atas anak lelaki pelakon itu.

Media pula melaporkan, tiada sebarang dadah terlarang ditemukan pada Aryan. -Sumber Awani

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!