Lana Nodin bakal lancar tabung derma untuk IJN

Foto: Instagram Lana Nodin
Foto: Instagram Lana Nodin
A
A
A

PELAKON Lana Nordin terus menyeru orang ramai agar sama-sama menderma untuk tabung Yayasan Institut Jantung Negara (IJN) untuk membantu mereka yang memerlukan.

Lana dalam masa yang sama turut berkongsi bakal melancarkan koleksi baju Melayu sempena nama anak keduanya, William Daud Mckienzie atau Billy, 3 bulan, dan memperuntukkan sebahagian jumlah daripada pembelian setiap helai pakaian tersebut untuk disalurkan kepada tabung terbabit.

Menurut Lana sebagaimana yang dilaporkan sebuah akhbar, tindakannya itu adalah sebagai tanda terima kasih dan cara terbaik untuk membalas jasa IJN yang merawat dan melakukan proses pembedahan bagi menyelamatkan nyawa anaknya baru-baru ini.

“Walaupun jumlahnya tidak besar, saya berharap ia sedikit sebanyak dapat meringankan beban pesakit jantung terutama dalam kalangan bayi dan kanak-kanak.

“Dalam masa sama, saya merancang untuk menjadikan sumbangan amal ini secara berterusan menerusi setiap produk membabitkan Billy,” katanya yang bakal melancarkan produk tersebut sempena Aidilfitri.

No Image Caption

Berkongsi keadaan terkini kesihatan anak lelakinya itu, kata Lana semuanya dalam keadaan yang baik meskipun dia dan suami perlu memberikan pemerhatian yang secukupnya disebabkan berlaku kebocoran kecil pada injap.

Bagaimanapun, kata Lana, doktor memaklumkan ia tidak memudaratkan atau mengganggu kesihatan Billy secara keseluruhan.

Artikel Berkaitan:

Pun begitu, Billy perlu menjalani pemeriksaan berkala setiap tiga atau enam bulan, selain sentiasa dipantau keadaan kesihatannya untuk memastikan semuanya dalam keadaan yang baik.

Lana mendirikan rumah tangga dengan Mohd. Daud McKienzi pada Mei 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata, Gia Quinn McKienzi, 3, dan Billy.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!