Obama terima pencalonan Anugerah Grammy

Barack Obama. Foto AFP
Barack Obama. Foto AFP
A
A
A

WASHINGTON - Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama menerima pencalonan Anugerah Grammy untuk kategori Best Spoken Word Album menerusi audiobook ‘A Promised Land’, lapor Sputnik memetik kenyataan Recording Academy pada Selasa.

Ini adalah pencalonan kali ketiga Obama, sebelum ini beliau pernah dicalonkan dalam kategori yang sama pada tahun 2006 dan 2008.

Diterbitkan pada November 2020, ‘A Promised Land’ buku memoir dua jilid itu mengisahkan pembabitan awal Obama dan ketika menjadi presiden AS. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!