Babi hutan sesat di parkir pasar raya
SEREMBAN - Rakaman video yang menunjukkan dua ekor babi hutan berkeliaran di kawasan parkir sebuah pasar raya di sini tular di aplikasi TikTok.
Video berdurasi 26 saat itu dipercayai dirakam seorang pengunjung pasar raya berkenaan.
Haiwan itu yang dipercayai sesat dilihat seperti mencari jalan keluar.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Negeri Sembilan (Perhilitan), Nurul Ermi Ramli berkata, pihak pasar raya terbabit telah pun memaklumkan perkara itu kepada Perhilitan untuk tindakan lanjut.
"Kita pun tidak pasti sama ada video ditularkan video baharu atau lama, tapi siasatan akan dilakukan.
"Ini bukan kali pertama Perhilitan menerima aduan berkenaan babi hutan berkeliaran di luar pasar raya terbabit," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.
Menurut beliau, berdasarkan aduan pertama diterima pada awal tahun ini Perhilitan telah pun menangkap tiga ekor babi hutan yang berkeliaran di kawasan itu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!