20 pusat PPS isolasi di seluruh negara

Mohammad Hamdan (tiga dari kanan) bersama Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Senator Datuk Ras Adiba Radzi (tiga dari kiri),Noor Hisham (dua dari kanan), Aminuddin (kanan), Pengarah Eksekutif Sunway Centre For Planetary Health, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood (dua dari kiri) selepas selesai Majlis Istiadat Penganugerahan Pingat Kebesaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di Hotel Marriott pada Rabu. - Foto SINAR HARIAN/ ROSLI TALIB

A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Sebanyak 20 pusat pemindahan sementara (PPS) isolasi dikenalpasti di seluruh negara bagi menghadapi bencana banjir dan penularan Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, langkah kesiapsiagaan itu bagi memastikan kerajaan dapat mengawal jangkitan Covid-19 di mana mangsa banjir yang positif akan ditempatkan di PPS isolasi.

Menurutnya, dalam usaha memutuskan jangkitan Covid19, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut melakukan pemberian vaksinasi di PPS kepada individu yang ketinggalan mendapatkan pelalian itu.

"Kita akan pertingkatkan pemberian vaksin di PPS kepada masyarakat," katanya ketika sidang akhbar selepas dianugerahkan Pingat Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di sini pada Rabu.

Sementara itu, Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Datuk Dr Aminuddin Hassim berkata, ujian saringan Covid-19 menggunakan air liur akan dilakukan bagi kemasukan mangsa banjir ke PPS.

Menurutnya, perkara itu telah dibincangkan bersama pejabat kesihatan daerah (PKD) dan pasukan penyelamat.

"Mangsa banjir yang didapati positif Covid-19 atau bergejala akan ditempatkan di PPS khas yang kebanyakannya adalah bangunan sekolah.

"PKD juga akan membantu melakukan pengesanan dengan membekalkan data pesakit Covid-19 yang menjalani perintah kuarantin di rumah (HSO) supaya dapat dimaklumkan kepada pasukan penyelamat.

Artikel Berkaitan:

"Apabila bencana berlaku, kita akan hantarkan pasukan penyelamat khas dilengkapi pakaian pelindung diri (PPE)," katanya.

Pada perkembangan sama, Aminuddin berkata, pihaknya menjangkakan negara akan menghadapi banjir sama keadaan seperti tahun lalu.

"Namun perlu diingatkan banjir tahun lalu adalah yang kedua terburuk selepas tahun 2014," katanya.

Pada Istiadat Penganugerahan Pingat Kebesaran JPBM 2020, Aminuddin turut menerima Pingat Kebesaran Ketua Pengarah.

Istiadat itu disempurnakan oleh Ketua Pengarah JPBM, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!