Harga RON97 turun 3 sen, RON95 dan diesel kekal

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Harga runcit petrol RON97 turun tiga sen kepada RM3.05 seliter bagi tempoh 25 November hingga 1 Disember.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan harga runcit RON95 dan diesel pula masing-masing kekal RM2.05 dan RM2.15 seliter untuk tempoh sama.

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 dan diesel, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang ditetapkan,” menurut kenyataan itu.

Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara, katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!