300kg sampah dikutip di Sungai Kedondong

Aktiviti riadah sambil mengutip sampah oleh peserta yang menjayakan projek CSR di kawasan rekreasi Sungai Kedondong, Batang Kali pada Selasa.
Aktiviti riadah sambil mengutip sampah oleh peserta yang menjayakan projek CSR di kawasan rekreasi Sungai Kedondong, Batang Kali pada Selasa.
A
A
A

HULU SELANGOR - Botol minuman, plastik dan pakaian antara sampah seberat 300 kilogram (kg) yang dikutip melalui projek tanggungjawab sosial korporat (CSR) di kawasan rekreasi Sungai Kedondong, Batang Kali pada Selasa.

Program tersebut dijalankan oleh syarikat MR D. I. Y Trading Sdn Bhd bersama Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS).

MPHS dalam satu kenyataan berkata, seramai 80 orang sukarelawan termasuk kakitangan MPHS dan MR D. I. Y, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Hulu Selangor, Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Perhutanan Daerah dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) menjayakan program melestarikan alam itu.

Menurut kenyataan itu, projek CSR tersebut melibatkan aktiviti 'plogging' iaitu berlari sambil mengutip sampah, baik pulih wakaf dan mengecat bangunan yang terdapat di kawasan rekreasi tersebut.

"Fokus utama projek ini dilaksanakan adalah berikutan masalah pembuangan sisa buangan yang ditinggalkan oleh pengunjung yang berkunjung di kawasan tersebut," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Program tersebut dihadiri Yang Dipertua MPHS,

Mohd Hasry Nor Mohd dan Pengerusi MR D.I. Y, Dato Azlam Shah Alias.

Pada program itu, simbolik pemasangan papan tanda utama serta papan tanda amaran turut dilakukan.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Mohd Hasry meminta supaya pengunjung menjaga alam semula jadi serta keselamatan semasa di kawasan riadah itu.

Beliau turut mengingatkan orang ramai untuk melaksanakan kempen membawa pulang sisa yang dihasilkan agar penyakit seperti kencing tikus dan denggi dapat dielakkan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!