PKPD di Ladang FGV Mengkarak 1 di Bera dilanjutkan: MKN

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Ladang FGV Mengkarak 1 di Bera, Pahang yang dijadual tamat pada Khamis, dilanjutkan hingga 2 Disember. - Foto fail Bernama
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Ladang FGV Mengkarak 1 di Bera, Pahang yang dijadual tamat pada Khamis, dilanjutkan hingga 2 Disember. - Foto fail Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Ladang FGV Mengkarak 1 di Bera, Pahang yang dijadual tamat pada Khamis, dilanjutkan hingga 2 Disember.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad berkata, pelanjutan itu dibuat setelah meneliti analisis Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai penelitian risiko dan trend penularan jangkitan Covid-19 di lokaliti itu.

“Seterusnya, PKPD di Felda Chini 3 Mukim Penyor di Pekan, Pahang yang bermula pada 12 November lepas akan ditamatkan esok (Khamis) seperti dijadualkan,” katanya dalam kenyataan menerusi Facebook pada Rabu.

Beliau turut memaklumkan tiada lokaliti baharu dikenakan PKPD pada Rabu. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!