Liverpool pukau Porto di Anfield
GOL separuh masa kedua daripada Thiago Alcantara dan Mohamed Salah membolehkan Liverpool mengatasi FC Porto 2-0 untuk mengekalkan rekod 100 peratus tanpa kalah saingan Kumpulan B Liga Juara-Juara di Anfield.
Porto, yang berkedudukan kedua di belakang pendahulu Liverpool, menpersia-siakan deretan peluang separuh masa pertama akhirnya terpaksa membayar harga mahal kunjungan ke laman kelab sarat tradisi kejuaraan liga Inggeris tersebut.
Kekalahan tersebut menyaksikan gergasi liga Portugal itu merekodkan keputusan tiga seri tiga dan tujuh tewas dalam 10 pertemuan menentang Liverpool.
Anak buah Jurgen Klopp yang tampil tanpa kelibat Virgil van Dijk dan Jordan Henderson, memecah kebuntuan menerusi rembatan Thiago pada minit ke-52 sebelum Salah menghadirkan tiga mata dengan penyudah klinikal pada minit ke-70.
Keputusan itu menyaksikan skuad Klopp itu mengumpul 15 mata selepas mengharungi lima manakala Porto kekal di tangga kedua dengan lima mata berikutan kekalahan mengejut 1-0 Atletico Madrid di tempat sendiri kepada AC Milan.
Porto, yang mengutip lima mata, menjadi tuan rumah kepada Atletico (empat mata) dalam perlawanan terakhir kumpulan bulan depan.
LIGA JUARA-JUARA
Keputusan
Manchester City 2-1 PSG
Mbappé 50'
Sterling 63'
Gabriel Jesus 76'
Atlético Madrid 0-1 AC Milan
Junior Messias 87'
Sheriff 0-3 Real Madrid
Alaba 30'
Kroos 45+1'
Benzema 55'
Club Brugge 0-5 RB Leipzig
Nkunku 12', 90+3'
Forsberg (P)17', 45+1'
André Silva 26'
Liverpool 2-0 FC Porto
Thiago 52'
Salah 70'
Sporting CP 3-1 Borussia Dortmund
Pote 30', 39'
Pedro Porro 81'
Malen 90+3'
Inter Milan 2-0 Shakhtar Donetsk
Džeko 61', 67'
Beşiktaş 1-2 Ajax Amsterdam
Ghezzal (P)22'
Haller 54', 69'
Spartak Moscow 2-1 Napoli
Sobolev (P) 3', 28'
Elmas 64'
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!