Kes positif Covid-19 global melepasi 259 juta, korban 5.17 juta

Foto fail Reuters
Foto fail Reuters
A
A
A

JUMLAH kumulatif kes positif Covid-19 seluruh dunia ketika ini melepasi 259 juta, berikutan lebih ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling terjejas dengan melebihi 48 juta kes.

Ini diikuti India dengan lebih 34.5 juta kes dan Brazil dengan lebih 22 juta kes.

United Kingdom catat lebih 10 juta kes dan Rusia kini catat lebih 9 juta kes, manakala Turki memasuki kumpulan negara yang catat lebih 8 juta kes.

Perancis pula mencatatkan lebih 7 juta kes.

Argentina, Sepanyol dan Colombia melebihi 5 juta kes.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes Covid-19 dengan melebihi 4.2 juta kes.

Ini diikuti dengan Filipina dengan lebih 2.8 juta, Malaysia lebih 2.5 juta kes dan Thailand dengan 2 juta kes.

Artikel Berkaitan:

Manakala Singapura merekodkan lebih 257,000 kes.

Sementara itu, angka kematian akibat Covid-19 seluruh dunia kini melebihi 5.17 juta.

Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 775,000 kes.

Ini diikuti Brazil dengan lebih 613,000 kes, India lebih 466,000 kes dan Mexico lebih 292,000 kes.

Sementara Rusia kini catat lebih 262,000 kematian.

United Kingdom, Itali dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 99,000 kes adalah Jerman sementara Sepanyol melebihi 87,000 kes.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 143,000 kes korban.

Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 47,000 diikuti Malaysia dengan 30,000 kes.

Manakala thailand dengan lebih 20,000 angka korban. - Awani

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!