Ibu menang dua tiket ke angkasa lepas

Schahaff terkejut apabila menerima kunjungan pengasas syarikat Virgin Galactic, Richard Branson di rumahnya di Antigua pada awal bulan ini. - Foto AFP
Schahaff terkejut apabila menerima kunjungan pengasas syarikat Virgin Galactic, Richard Branson di rumahnya di Antigua pada awal bulan ini. - Foto AFP
A
A
A

WASHINGTON - Syarikat Virgin Galactic milik bilionair Britain, Richard Branson pada Rabu mengumumkan bahawa seorang ibu dari Antigua di Caribbean memenangi dua tiket untuk melancong ke angkasa lepas.

Keisha Schahaff yang juga merupakan jurulatih kesihatan dan tenaga memenangi dua tiket itu yang setiap satu bernilai AS$450,000 (RM1.8 juta) sekeping.

Schahaff berkata, dia akan pergi ke orbit bumi selama beberapa minit bersama seorang anak perempuannya berusia 17 tahun yang merupakan pelajar jurusan sains tetapi kini tinggal di Britain.

Branson membuat kejutan dengan pergi ke rumahnya pada awal November lalu bagi mengumumkan kemenangannya sebelum berita tersebut diumumkan secara rasmi pada Rabu lalu.

"Apabila saya melihat Richard Branson berjalan masuk (ke rumahnya), saya mula menjerit. Saya tidak mempercayainya," kata Schahaff kepada AFP.

Dia memenangi dua tiket itu selepas menyertai satu pertandingan yang dikendalikan oleh Virgin Galactica menerusi platform Omaze tetapi para peserta perlu menyumbang sejumlah wang yang akan disumbangkan kepada sebuah pertubuhan bukan kerajaan iaitu 'Space for Humanity.'

Jumlah wang yang disumbangkan Schahaff tidak didedahkan namun sumbangan yang diterima adalah dari serendah AS$10 (RM42.18).

Wanita dan anaknya itu dijangka melancong ke angkasa lepas pada awal bulan depan atau tahun depan. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!