GPS dijangka dominasi PRN Sarawak

GPS.- Foto fail Bernama
GPS.- Foto fail Bernama
A
A
A

KUCHING - Kegagalan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan memberi kesan kepada gabungan itu di Sarawak.

Menurut Penolong Setiausaha Pas Sarawak, Syamsul Bahrie Mohamad, ia pasti memberi kelebihan kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk mendominasi PRN12 kelak.

“Mesej rakyat sudah jelas, sudah tentu rakyat mahu kerajaan yang stabil.

“Sebelum ini beberapa pemimpin dari PH mengambil keputusan untuk keluar parti, dan krisis ini akan memberi kelebihan kepada GPS,” katanya.

Kata Syamsul, meskipun GPS mempunyai peluang yang besar, namun penggunaan lambang baharu itu akan memberi cabaran kepada mereka.

Mengulas mengenai calon yang akan diketengahkan GPS, beliau berkata, keseimbangan antara calon muda dan senior menjadi ramuan baharu bagi gabungan tersebut pada pilihan raya kali ini.

“Calon baharu yang cuba diketengah oleh GPS juga memberi sedikit nafas baharu dalam landskap politik Sarawak akan datang,” katanya dalam satu kenyataan ketika dihubungi.

Jelasnya pembangunan di Sarawak akan berkembang secara holistik dengan pimpinan yang meliputi pelbagai generasi.

Artikel Berkaitan:

“Sekiranya Kabinet Sarawak ditubuh dengan gandingan orang muda dan ‘otai’, hal ini akan memberi nilai tambah pada perkembangan negeri Sarawak dari semua aspek,” katanya. - Awani

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!