Salji, hujan ais landa kawasan utara Arab Saudi

Salji melanda bandar Qurayyat di wilayah Al Jawf, Arab Saudi baru-baru ini. - Foto Twitter
Salji melanda bandar Qurayyat di wilayah Al Jawf, Arab Saudi baru-baru ini. - Foto Twitter
A
A
A

RIYADH - Sebahagian kawasan di utara Arab Saudi dilanda hujan ais dan salji pada Ahad lalu ketika suhu jatuh pada kira-kira tujuh darjah Celsius sehingga menyebabkan beberapa kawasan kelihatan berwarna putih.

Gambar-gambar yang disiarkan di media sosial menunjukkan landskap berwarna putih di bandar Qurayyat di wilayah Al Jawf yang terletak kira-kira 30 kilometer dari sempadan Jordan.

Dalam satu video di media sosial, hujan ais dapat dilihat.

Pusat Meteorologi Kebangsaan Arab Saudi sebelum ini dilaporkan menyatakan cuaca ribut petir, tiupan angin sederhana dan hujan ais akan melanda di seluruh Al Jawf di sempadan utara negara tersebut.

Ini bukan kali pertama negara yang menggunakan sistem beraja itu dilanda salji.

Pada Januari lalu, beberapa kawasan termasuk gurun dan di wilayah Asser yang terletak di selatan Mekah dilanda dengan salji. - Agensi

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!