Lapan maut, 17 cedera letupan bom kereta di Mogadishu
MOSCOW - Sekurang-kurangnya lapan orang maut, manakala 17 lagi cedera dalam kejadian letupan bom kereta oleh pengebom bunuh diri di sini Khamis, kata polis.
Seorang pegawai polis berkata, penyerang itu menyasarkan konvoi yang mengiringi pasukan keselamatan asing, berhampiran sebuah sekolah di daerah Hodan, Mogadishu dan angka korban mungkin meningkat.
"Kejadian berlaku di hadapan sekolah Muasir dan kanak-kanak adalah antara yang terkorban," kata pegawai polis itu kepada Xinhua.
Militan Al-Shabab mengaku bertanggungjawab atas serangan itu. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!